Thursday, September 10, 2015

101 Idea Bisnes Makanan, sudah terbit miliki sekarang!


Bahagian 1:

101 Idea Bisnes Makanan

Bahagian 2:

Kisah Inspirasi

Bahagian 3:


Bab 1: Pengenalan Bisnes Makanan

Bab 2: Kemahiran Bisnes

Bab 3: Bahan Mentah/ Sumber Bekalan

Bab 4: Cabang Bisnes Makanan

Bab 5: Jenis Bisnes Makanan

Bab 6: Modal

Bab 7: Pelanggan Sasaran

Bab 8: Pendaftaran Bisnes

Bab 9: Pengurusan/ Operasi


















Saturday, September 5, 2015

Kami bermula dari rumah



Cabaran kami bermula dari untuk mendapatkan modal perniagaan. Modal tersebut untuk digunakan mengubahsuai bahagian bawah rumah kami untuk dijadikan bengkel dan juga untuk membeli peralatan yg berkaita seperti mesin. Untuk permulaan kami telah berjaya membuat pinjaman dengan TEKUN NASIONAL sebanyak 20k disamping dengan simpanan sendiri yang tidak seberapa.

Setelah semuanya selesai, dengan rasminya bisnes kami bermula. Cabaran seterusnya ialah bagaimana untuk mencari pelanggan. Sebelum kami mula jual produk kami kepada pelanggan, kami telah menguji terlebih dahulu produk kami dengan cara memberi ujirasa kepada penduduk setempat, rakan-rakan, jiran-jiran, pejabat-pejabat kerajaan, sekolah dan sebagainya. Setelah mendapat respon yg baik, baru la kami mula membuat pengeluaran produk makanan sejukbeku iaitu karipap frozen, beberapa jenis pizza frozen, pau dan juga samosa frozen. 

Pengalaman suka duka yg kami hadapi untuk memulakan bisnes ini, kami terpaksa membawa anak yang masih kecil yg pada masa itu baru habis pantang setiap pagi untuk menghantar produk (tetapi dah siap sedia untuk dimakan) ke gerai-gerai di sekitar pekan Kg. Gajah.  
Kemudian kami juga menghantar produk frozen di kedai-kedai yang menjual produk sejuk beku. Tetapi tidak lama kerana kedai-kedai tersebut tidak menjaga dengan baik produk yang kami hantar. Jadi kami nekad untuk menjual dan memasarkan produk tersebut sendiri sahaja. Alhamdulillah oleh kerana di kawasan saya tidak ada lagi pengusaha yg berniaga produk seumpama ini, produk hasilan kami mendapat tempat terutamanya Pizza Sejuk Beku. Maklum lah, di kawasan saya susah nak dapatkan pizza, perlu pergi ke bandar besar baru boleh dapatkannya, namun begitu harganya agak mahal.

Tidak lama selepas itu, produk kami telah dapat dikesan oleh pihak Jabatan Pertanian Perak Tengah dan mereka bersetuju memberi bantuan dalam bentuk peralatan dan jumlahnya bernilai 10k. Dengan bantuan tersebut, kami mengorak langkah dengan lebih jauh lagi untuk memperluaskan lagi bisnes ini. Pihak Jabatan Pertanian melihat kami sangat berpotensi untuk pergi lebih jauh lg dalam bidang ini, mereka telah menawarkan secara kontrak untuk kami beroperasi di Pusat Aperantis di Padang Kangar Parit, Perak.
Walau bagaimana pun, kami beroperasi di Pusat Aperantis tersebut selama beberapa bulan sahaja atas sebab perjalanan dari rumah ke pusat aperantis mengambil masa selama 40minit dan juga dalam masa yg sama, saya terpaksa meninggalkan opah saya yang juga seorang OKU (cacat penglihatan) seorang diri di rumah untuk tempoh masa yang agak panjang. Jadi untuk mengambil langkah selamat, kami terpaksa menamatkan kontrak dan berbalik beroperasi semula di rumah.
Untuk meneruskan kelangsungan bisnes ini, setelah berpindah semula ke rumah, kami mengambil kesempatan untuk mempelajari pelbagai jenis kek continental. Kami amat bertuah kerana ada seorang tauke kedai bakeri yang berbangsa cina sudi mengajar kami daripada asas sehinggalah kami boleh buat kek. Kami tidak berhenti di situ, saya terus mencari sifu-sifu kek yang terkenal di Malaysia ini.
Pada masa yang sama masih tersu belajar dengan tauke Cina tersebut. Kami belajar membuat kek di serata tempat. Antara chef yang kami belajar, Chef Ame Hamxa, Chef Khairi Anuar dan juga tauke bakeri berbangsa Cina.

Kemudian kami juga belajar membuat pelbagai jenis roti sebagai punca pendapatan sampingan. Kami telah melabur untuk tujuan mencari ilmu ini hampir 20 ribu sejak kami bermula sehingga kini. Sampai sekarang saya masih belajar jika ada perkara baru yang belum saya belajar. Alhamdulillah, kami telah dikenali bukan sahaja dalam bidang memperoses makanan sejuk beku tetapi juga dalam bidang kek dan bakeri.

Berniaga seperti ini tidak 'glamour'



Tidak dinafikan walaupun tempahan yang diterima tidak pernah putus, tetapi saya juga mengalami beberapa masalah dalam membahagikan masa antara kerja pejabat saya dan perniagaan ini. Bebanan dan stress di tempat kerja kadang kala menjejaskan tumpuan saya untuk bergerak lebih pantas dalam perniagaan ini. 
Tambahan pula masa saya agak terhad. Saya dapat menumpukan pada perniagaan di sebelah petang sahaja, saya mengedarkan flyers di kedai-kedai berhampiran pejabat, di pejabat-pejabat dan sesiapa sahaja yang saya jumpa bagi memperkenalkan produk ini. Walaupun agak letih, tapi saya tetap bersabar. Terdapat juga ejekan dari rakan-rakan, mengatakan berniaga seperti ini tidak “glamour”. Tidak sesuai dengan status saya yang bekerja pejabat. Bagi mereka mungkin mengandaikan gaji yang saya terima adalah tinggi, tetapi hakikatnya saya perlu untuk menambah pendapatan kerana gaji yang diterima bukanlah setinggi seperti yang disangka. Ketika itu saya tidak mempunyai kereta. 
Jika terdapat tempahan dan pelanggan mahukan saya menghantar kek, saya terpaksa membawa kek menggunakan motosikal. Kadangkala kek terjatuh dan rosak, terpaksa saya gantikan dengan kek yang lain. Jika tempahan lebih dari dua biji, saya perlu berulang alik menghantar kek memandangkan pengangkutan yang ada pada ketika itu hanyalah motosikal. Kesusahan yang saya alami itulah yang menjadi pendorong dan pembakar semangat saya untuk berjaya. 
Saya mula mengorak langkah ke depan dengan menyewa tapak di bazar Ramadhan. Dengan pengalaman yang masih sedikit ketika itu, saya keraskan hati untuk bersaing dengan peniaga-peniaga lain yang lebih otai dan tentukan sudah ada pelanggan tetap. Produk saya hanya Kek Coklat Moist Kaw. Tidak disangka-sangka, setiap hari kek saya habis! Alhamdulillah sangat murah rezeki saya.  Saya membuka peluang bagi mereka yang ingin menjadi agen jualan di kawasan masing-masing. 
Baca lagi kisah usahawan ini dalam ebook 101 idea bisnes makanan